VISIT.. BEE SEAN's MUM
31.7.09 iaitu hari Jumaat aku jumpa Bee sean. Kedatangan aku kesana ingin melawat emaknya yang sedang sakit. Aku keluar rumah pukul 9.30am hantar shafiq pergi sekolah dulu. Aku naik bas 965 sampai Woodland, aku beli buah-buahan untuk buah tangan buat emaknya. Lepas tu terus naik bus 950 masuk kastam. Bila sampai je kat kastam JB ada masalah sikit, sebab gambar aku gambar lama jadi tak blh masuk aku disuruh balik. Tapi aku bilang dgn org kastam tu berikan aku peluang sekali lagi kerana aku dalam kecemasan. Nasib baik aku diberi peluang masuk. Kalau tidak sia-sia je dari jauh dtg tk dpt masuk. Lagipun aku tak nak mungkir janji pada Bee sean, aku dah promise dia yang aku akn dtg.
Bila semua dah ok, aku pun jalan kaki menuju ke City Square, sebelum tu aku call Bee sean yang aku naik bus 15, seperti biasa Bee sean akan tunggu aku dekat bus stop 777 Tun Aminah. Dari pukul 9.30am keluar rumah sampai ke pukul 12.00pm, barulah aku dpt jumpa Bee sean. Perjalanan yang agak jauh, tapi berbaloi, sebab aku rasa gembira dpt jumpa Bee sean. Lagipun kita dah lama sangat tak jumpa. Masuk je dlm kereta Bee sean kata aku dah banyak berubah dlm penampilan, aku cuma senyum je.. byk juga yg kita perbualkan di dlm kereta.
Bee sean ajak aku settlekan barang dia lepas tu dia ajak aku pergi makan, Kita makan kat mcdonald tepi Highway. Sebab, Bee sean tahu tiap kali kalau aku dtg JB pasti Mcdonald yang aku mkn.. Lama tak jumpa, rasa janggal pula, tapi aku tahu yang bee sean skrg dlm keadaan sedih. Aku cuba menyesuaikan diri aku. Banyak hal yang bee sean luahkan pada aku.. aku turut rasa simpati terhadap apa yang dia hadapi sekarang.
Selesai je mkn, Bee sean ajak aku meet maknya. Setiba aku sampai sana, aku rasa terkejut dan rasa sedih teramat sangat dgn keadaan maknya yang terbaring dalam keadaan tenat. Tanpa aku sedari, aku menistiskan airmata tanpa henti. Tak sangka keadaan maknya begitu sarat.. Saat aku sedang menatapi maknya, aku memandang bee sean sedang memanggil, bertalu-talu pada maknya bahawa aku dtg lawat mak. Aku tak dpt menahan kesedihan ku, aku terlalu sedih dgn keadaan yg begitu terharu.. apa yg dpt aku lakukan? Aku hanya mampu menatap wajah maknya sambil memegang tgn maknya agar maknya merasakan sentuhan ku..
Aku cuba memanggilnya "auntie ini su dtg!!" auntie ah su here auntie!!" dua kali aku memanggil maknya tapi tiada jawaban, hanya gerakkan tubuh menandakan respond... Bee sean kata mungkin gerakkan tubuhnya itu menandakan satu respond bahwa maknya tahu yang aku sudah dtg lawat mak.. Bee sean juga kata maknya mungkin takkan ada harapan lagi.. Masa menatap wajah maknya aku terbayang kalau satu hari nanti aku pasti akan hadapi apa yang bee sean hadapi sekarang ini.. Apa yang harus aku lakukan? Apakah aku akn tabah seperti mana bee sean sekarang begitu tabah? Apakah aku mampu hadapi ini semua?
Lepas je tgk maknya, Bee sean ajak aku duduk di KFC disana aku luahkan perasaan kesedihan aku terhadap maknya. Bee sean kata banyak hal berlaku sepanjang kita lama tak jumpa. Tanpa disedari kami berdua menangis, aku cuba tenangkan Bee sean, tapi aku sendiri tak dpt menahan tangisan aku ini sampai bee sean pun turut menangis.. dengan keadaan tak dapat menahan sebak, Bee sean ajak aku kerumahnya dia kata lebih baik kita balik rumah, sebab malu nanti org nampak kita nangis...
Rasanya dah lama aku tak kerumahnya, bila tibanya dirumah Bee sean, aku merasakan begitu sayu.. sebab selalunya bila aku dtg Bee sean akn panggil maknya dlm bahasa hochew "ma ohh! ah su dtg" dan. maknya pun akn mengundang aku masuk.."oh! ah su oh lai come in long time never see u? how are u?. tapi masa tu tiada lagi kedengaran suara itu, kerana suara itu sedang keadaan tenat dan terbaring tanpa sadar. Dirumah, Bee sean masih luahkan rasa sedihnya itu. Walaupun dlm keadaan sedih bee sean sempat juga bergurau...Hatiku berkata "begitu kuatnya semangatnya Bee sean ada kata padaku bahwa masa maknya di hospital sebelum operation mak sering menanyakan tentang aku berkali-kali.."ah su mana? lama tak nampak dia? tapi Bee sean tak tahu nak jawap mcm mana, hanya jawab " mungkin aku buzy"
Ya Allah! kalau lah aku tahu perkara ini awal-awal lagi, aku pasti tidak teragak-agak untuk dtg melawat maknya.. aku tidak dapat melawat bukan sebab aku buzy, tapi aku tak tahu mcm mana nak ke hospital itu...dan pula takkan aku nak ganggu Bee sean sebab dia uruskan maknya. Tak sangka aku lambat dtg kalau aku tahu dari awal lagi pasti aku akn jenguk maknya... Bee sean kata mungkin mak ingin katakan sesuatu pada aku sebab tu mak sering menyebut namaku. Aku rasa serba salah dan rasa menyesal. Skrg ni aku dah dtg melawat tapi aku tak dpt mendengar suara itu lagi, Ya Allah! apabila aku dgr aku rasa sebak mengapakah aku tidak awal-awal dtg. Bee sean menenangkan aku bahwa yang lepas tu lepas..
Sepanjang perbualan kami masa pun dah pukul 7.15pm, sebelum hantar aku balik kita singgah di luar KFC, masih lagi perbualkan hal ini.. Bee sean kata mungkin lepas apa yang akan berlaku ini dia akan pergi jauh dari JB, utk tenangkan fikiran dan hati nya yang sedang sedih dan luka. Mungkin aku tak dapat menghubungi nya, bila? itu tidak pasti. Bila dengar kata-kata darinya, aku rasa sedih dan merasakan seperti kehilangan kawan yang sangat aku sayangi.. Mungkin memori bersama akan kian pudar dan tak seperti dulu. Tapi aku tidak ingin persahabatan kita berlalu begitu aje..bukan senang untuk mendapat kawan yang susah-senang, suka-duka bersama. Bila dah jumpa banyak dugaan yang harus tempuhi.
Benar-benar ini adalah tamparan yg hebat buat bee sean lalui. Mengapakah kegembiraan itu hanya dtg sementara?.. Sebagai sahabat aku akan sentiasa bersamanya kalau dia perlukan.. Aku ingin dia ketahui bahwa dia tidak keseorangan kerana dia masih ada aku sahabatnya yang akan sentiasa mengambil berat, menyayangi dan akan memberi semangat buatnya. Masa akn mengubati segalanya.. Masa aku nak balik, bee sean antar aku di bus stop. Setibanya bas sampai, aku memeluk Bee sean dengan erat.. Mudah2an dimasa akan dtg kita bertemu lagi.